ASTERIA

BENEFIT OF PETAI

BENEFIT OF PETAI

ads1

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Serangan Jantung dan Minum Air Suam









[cid:image002.jpg@01C88E74
.F1CDDC50]

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
[cid:image003.jpg@01C88E74.F1CDDC50]
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa... Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

[cid:image004.gif@01C88E74.F1CDDC50]
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.
.



GULA DAN BAHAYANYA

Gula dan Bahayanya
Kita bertemu lagi kali ini. Saya amat terperanjat dengan pengalaman membaca buku tentang GULA. Amat menyedihkan dan saya amat risau tentang masyarakat di Malaysia yang terancam secara senyap. Bagi saya GULA seperti racun!

Sedikit persoalan tentang gula.
============ =====
Gula dan Bahayanya
============ =====
Apakah sebenarnya gula?
Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan.
Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak
langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga
adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?
Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang
lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?
1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
16. Faktor kepada kanser pundi hempedu
17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat
18, Melemahkan penglihatan
19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah
20. Penyebab hipoglisemia
21. Penyebab perut berasid
22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak
23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut
25. Membawa kepada ketagihan alkohol
26. Merosakkan gigi
27. Penyumbang utama kegemukkan
28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser
29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik
30. Penyebab artritis
31. Penyebab lelah
32. Pembentukan batu dalam ginjal
33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis
34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
35. Penyebab sakit jantung iskemik
36. Penyebab sakit apendiks
37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis
38. Penyebab pendarahan
39. Penyebab Vena Varikos
40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil
41. Penyebab sakit gusi
42. Penyumbang kepada Osteoporosis
43. Penyebab air liur menjadi berasid
44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin
45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa
46. Mengurangkan hormon tumbesaran
47. Meningkatkan kolesterol dalam badan
48. Meningkatkan tekanan darah sistolik
49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh
50. Penyebab alergi terhadap makanan
51. Penyumbang kepada sakit kencing manis
52. Penyebab keracunan darah semasa hamil
53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak
54. Penyebab penyakit kardiovaskular
55. Melemahkan struktur DNA
56. Penyebab Katarak
57. Penyebab Emfisema
58. Penyebab arteriosclerosis
59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah
60. Merendahkan kemampuan enzim
61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya
62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati
63. Meningkatkan lemak dalam Hati
64. Membesarkan saiz buah pinggang
65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya
66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan
67. Penyebab sembelit
68. Penyebab rabun jauh
69. Penyebab lapisan rerambut
70. Penyebab hipertensi
71. Penyebab sakit kepala
72. Menganggu kemampuan berfikir
73. Penyebab kemurungan
74. Meningkatkan tindak balas insulin
75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus
76. Penyebab ketidak seimbangan hormon
77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan
78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer
Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?
Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;
>Glukosa
>Fruktosa
>Laktosa
>Maltosa
>Sukrosa
>Sirap Glukosa
>Sirap maple
>Molases
>Sirap hitam
>Sirap kencana
>Dektrosa
>Sorbitol
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh
2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh
3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh
4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh
5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh
6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh
7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh
8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh
9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh
10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh
11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis
yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia ! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.
Semasa saya di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.
Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita.

Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!

"Kita adalah apa yang kita makan".
Selamat maju jaya!

the danger of plastic

The image “http://www.epd.gov.hk/epd/english/environmentinhk/waste/guide_ref/images/plascod3.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

PLASTIC

No. 3 has Chlorine residue

No. 6 has Styrene residue

Both chlorine and styrene are toxic chemical.

Expanded polystyrene (byk digunakan sebagai pembungkus makanan) will release styrene residue when it is heated.


Did you ever drink from a plastic bottle and see a triangle symbol on the bottom with a number inside?
Do you know what the number stands for?
Did you guess that it's just for recycling?
Then you are WRONG !!!!!!
THE NUMBER TELLS YOU THE CHEMICAL MAKE UP OF THE PLASTIC
.....

1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic
What you aren't told is that many of the plastics used are toxic and the chemicals used to create a plastic can leach out of the plastic and into the food / drink.
Think about it, how many times have you or a friend said "I don't like this, it taste like the plastic bottle ..... "
THAT'S BECAUSE YOU ARE TASTING THE PLASTIC
The WORST ONES are Nos: 3, 6, and 7 !!!

DO NOT USE THESE NUMBERS if stated at the bottom of the bottle) !!!



Check out this chart that breaks down the plastic, its uses and chemical makeup
(I find #7 a little scary)
http://www.epd.gov.hk/epd/english/environmentinhk/waste/guide_ref/guide_plascod3.html

Reusing plastic bottles by refilling them is NOT a good idea. WATCH THIS VIDEO:
http://video.wnbc.com/player/?id=238518

Microwaving plastic containers affects the chemical make up of the plastic, allowing the chemical substances to destabilize and leach out more quickly into the food you are reheating. You can check out this article that ran in the Wall Street Journal:
http://www.mindfully.org/Plastic/Microwave-Health-Problems.htm

EVEN one of my favorite "RUMOR DEBUNKING" websites, URBANLEGENDS.ABOUT.COM

Lists the information as: overblown with a grain of TRUTH
READ the FULL 3 pages of the article!
http://urbanlegends.about.com/library/bl-microwave-dioxin.htm

AVOID re-using plastic bottles RIGHT AWAY !!!


Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin

zia@bharian.com.my

Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku

mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL

kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati

setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu

meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian

masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan

regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti

berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana

solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang

memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat

analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan

secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot

yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif.

Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas

elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit

kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan

untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan

fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan

tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya

apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai

keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud

sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu

bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan

seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan

memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk

lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti

harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu

aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian

itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat,

pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di

Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids,

diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah

dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud

bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan

melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai

komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai

kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke

bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir

seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang

yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada

orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga

dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini

terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari

berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos

rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit

pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti

berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan

meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat

isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama

sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita

akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita

normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi

ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih

dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur

dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada

bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama

dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum

mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali

seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung

ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain

menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling

rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh

ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat

sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan

terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap

pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

No posts.
No posts.